Back to Browse

Dakwah#11

644 views
Jul 27, 2021
4:03

THE LAST OF Nabi SAW bersabda maksudnya: "Keadaan agama ini akan sampai kepada suatu masa kamu sekalian menjadi tentera yang berpasukan. Satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman dan satu pasukan di Iraq." Ibnu Hawalah berkata: "Pilihkan untukku (tempat terbaik) wahai Rasulullah, jika aku menemui keadaan tersebut." Lalu Baginda bersabda: "Hendaklah engkau menetap di Syam kerana sesungguhnya ia adalah bumi Allah yang terpilih daripada kalangan hamba-hamba-Nya. Ada pun jika kamu sekalian enggan, maka hendaklah kamu menetap di Yaman dan minumlah dari kolam-kolam air kamu. Sesungguhnya Allah telah menjamin untukku (menjaga) daerah Syam dan penduduknya." (Hadis Riwayat Abu Daud) Al-Malhamah al-Kubra ini akan terjadi di A'maq atau Dabiq, dua tempat yang berdekatan dengan Halab di Syria dan Antakia di Turki. Perkara ini bersandarkan kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga bangsa Rom akan turun berhimpun di A'maq atau Dabiq, lalu keluar menghadapi mereka sekelompok askar dari Madinah antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa Rom berkata: "Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami." Kaum Muslimin menjawab: "Tidak, demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami." Maka terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah di mana Allah tidak akan mengampuni dosa mereka untuk selama-lamanya dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik syuhada di sisi Allah dan sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan. Mereka tidak akan ditimpa sebarang fitnah selama-lamanya, lalu mereka akan menakluki Kostantinopel. Kemudian ketika mereka sedang membahagikan harta rampasan perang di mana mereka telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun tiba-tiba syaitan meneriak terhadap mereka: "Sesungguhnya Al-Masih (Dajjal) telah muncul dalam kalangan keluarga kalian," maka mereka pun segera keluar, sedangkan itu hanyalah satu kebohongan. Apabila mereka mendatangi Syam, ia pun muncul. Maka ketika mereka sedang mempersiapkan diri untuk peperangan dan merapikan barisan, tibalah waktu solat. Lalu turunlah Nabi Isa bin Maryam AS, lalu ia mengimami mereka. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihatnya, nescaya ia akan mencair sebagaimana garam mencair di dalam air. Seandainya ia membiarkannya sahaja nescaya ia juga akan mencair sehingga binasa, akan tetapi Allah ingin membunuhnya dengan tangannya, lalu baginda memperlihatkan kepada mereka darahnya yang melekat di tombaknya." (Hadis Riwayat Muslim) Justeru itu, gambaran peperangan besar ini akan berlaku pada ketika kemunculan Imam al-Mahdi dan peperangan yang berlaku sengit sehingga mengambil masa yang agak panjang dan mengorbankan nyawa yang ramai. Walau bagaimanapun, masanya hanya diketahui Allah SWT. sumber: www.sunnah.com

Download

0 formats

No download links available.

Dakwah#11 | NatokHD