Back to Browse

Dakwah#82

15 views
Sep 8, 2021
4:49

Jika Wali Songo berdakwah dengan pelbagai cara yang kreatif dan berhikmah, maka tidak hairanlah mengapa masyarakat Nusantara kini amat menyukai budaya berzanji, marhaban, qasidah dan lain-lain bentuk dakwah yang diselitkan dengan hiburan cara Islam. Kedatangan ulama pendakwah itu turut menyebarkan ilmu tasawuf. Ilmu tasawuf bertujuan membersihkan kerohanian jiwa dan membentuk akhlak iaitu adab insaniah sehingga terbinanya peradaban seperti ketamadunan kerajaan Islam Nusantara pada masa silam. Masing-masing tokoh tersebut mempunyai peranan unik dalam penyebaran Islam. Pengetahuan nama yang terkenal bagi setiap walisongo adalah:- ✅ Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim adalah yang tertua di antara Walisongo. ✅ Sunan Ampel atau Raden Rahmat pula adalah putera daripada Maulana Malik Ibrahim. ✅ Sunan Bonang atau Raden Makhdum Ibrahim adalah putera daripada Sunan Ampel. ✅ Sunan Drajat atau Raden Qasim adalah putera daripada Sunan Ampel. ✅ Sunan Kalijaga atau Raden Said merupakan sahabat dan murid Sunan Bonang. ✅ Sunan Kudus atau Jaffar Shadiq adalah anak murid Sunan Kalijaga. ✅ Sunan Giri atau Raden Paku atau Ainul Yaqin adalah anak saudara Maulana Malik Ibrahim dan sepupu Sunan Ampel . ✅ Sunan Muria atau Raden Umar Said adalah putera Sunan Kalijaga. ✅ Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah adalah sahabat para Sunan lain, kecuali Maulana Malik Ibrahim telah meninggal terlebih dahulu. Mereka adalah para intelektual yang menjadi pencetus perubahan masyarakat di indonesia. Mereka memperkenalkan berbagai bentuk peradaban baru, mulai dari kesihatan, bercucuk tanam, berniaga, kesenian dan kebudayaan, kemasyarakatan hingga pemerintahan.

Download

0 formats

No download links available.

Dakwah#82 | NatokHD