Kalam Insan
Lagu ini berkisarkan hakikat penciptaan insan. Kandungan lagu tidak mengulas perihal mana-mana tulisan atau kitab. Gambar kandungan adalah sekadar paparan. Lirik: Intro] Insan… Terpaling sempurna ciptaanNya Diberi ilmu bumi dan isinya Dipandu kalamNya, menerang gelap dunia Walau kau pegang kunci rumah fana [Chorus] Akal… anugerah termahal dariNya Jiwa… wujudnya memberi makna Nafsu… hadirnya menguji akal dan jiwa Iman….tanda kau capai penilaianNya Jadi insan, penegak roh semesta [Verse 1] Insan…berat makna dan tafsirnya Kenal diri maka baru kau kenal Dia Sifat dua puluh, kebesaran hakiki milik Dia membentuk tauhid insan, untuk lebih kenal jiwa Insan … hidupmu hanya detik minit Kau Lahir, kau letih dan menuju pulang ke sisiNya Sebentar sahaja percaturannya garis nilai, sejauh mana…kau tahu segalanya Walau berat bagimu, jangan lalai peraturannya Itu janji insan sebelum ke fana dunia Dari rahim laluannya, kembali ke rahmatnya Dalam diari takdir yang sudah dirangkaNya. [Verse 2] Insan ada emosinya Kadang insan lupa, emosinya tercela Cari alasan atas nama membela Yang pendek jadi panjang Sehingga tiada penghujungnya Jasad makin tua, Baru mahu perlahan segalanya dan ambil masa untuk faham.. Amarah tak pernah reda membaham jiwa kita. [Verse 3] Jadi ku tulis kata-kata ini Untuk dibaca… itukan jua perintahnya Biar tidak alpa Dunia tidak menggoda Kalau kau kenal kalam insan Bentengnya rahsia, dipimpin maha esa Hanya insan juga, yang bisa merosakkannya Akhirnya kau salahkan dunia [Chorus] Akal… anugerah termahal dariNya. Jiwa… wujudnya memberi makna. Nafsu… hadirnya menguji akal dan jiwa. Iman….tanda kau capai penilaianNya Jadi Insan penegak roh semesta [Rap] Hidup insan.. kadang nipis fahamannya Walau sudah datang kepadanya, kalam tuhan mengingatkan dan pesan kekasih agungnya. Insan ke syurga atas rahmatnya. Rahmat itu kasih sayangnya. Tapi kau, masih perlu akur peraturannya, dan semuanya untuk Dia. Kau sampaikan hadiah kepadanya, pastinya kau kena tahu siapa dia, Hadiah dihias, dibalut, direben dengan sempurna, Kiasan ibadah ikut peraturannya. Namun insan, adakah kau bawa norma hidup dunia? Atas apa hadiah dihulurkan…atas sebab nama? untuk nampak saja atau suka-suka? Hingga hadiah tak bermakna, tak ikhlas dan kosong nilai isinya Dicampakkan kembali ke wajahmu..wahai insan yang alpa [Verse 4] Dipesan guru “konteks hidup tak sukar fahamannya", Hanya perlu kenal insan baru kenal penciptanya.” Hati berbicara, ajak akal berfikir, Gabung semua peraturanNya, Dengan sempurna dan indah tawadhuknya. Lalu sampaikan kembali kepadanya…hanya Untuk rahmat dan kasihnya [Verse 5] Kalam insan tiada yang rahsia, Hanya diari kehidupannya, lahirnya, jodohnya dan matinya, Semua bisa berubah dengan doa dan ketentuannya Ini bukan rahsia, bagi yang tertanya, ku ulang ceritanya. [Outro] Maka aku tulis. Kalam untuk semua. insan yang mencari redhanya, Semoga memberi makna untuk Cari jalan dekat kepadanya. Lagu dan lirik : DarkAgencyStudio Penggunaan secara komersial perlu mendapatkan kelulusan dan memetik sumber content bagi tujuan kegunaan komersil dan peribadi dalam apa jua bentuk.
Download
0 formatsNo download links available.