Back to Browse

Keris Wafaq

1.2K views
Jan 9, 2026
4:14

Sebuah lagi karya warisan epik yang mengisahkan keris wafaq dalam legasi bangsa. Karya ini ditulis bersulam ingatan dan pendedahan berkenaan warisan keris di zaman keagungan bangsa. Ini adalah karya ke 4 berkaitan penceritaan keris bangsa. Karya-karya yang lain seperti "Keris Purbasakti Sepuh Hitam", "Keris Tempa Melaka" dan " Keris Taming Sari" telah tersedia untuk halwa telinga. Semoga terhibur sambil mengenali rahsia. LIRIK: Verse 1 keris tersisip di sisi laksamana Tidak bersulam angkuh dan megah menjadi paksi sumpah dan janji Antara darah, tanah dan amanah Bilahnya bukan sekadar besi Ada doa terukir senyap ukiran jiwa mengikat raga Melarang undur… berkias untuk mara Pre-Chorus Namun hadir suara asing Menamakan warisan ini bahaya Mereka tak takut pada besinya Hanya goyah pada keyakinan bangsa Chorus Ini keris wafaq Bukan senjata kegelapan ada maruah yang dipahat padanya dengan iman dan sumpah Ini keris wafaq Yang dilucutkan maknanya Kini tinggal besi bisu Digenggam tangan waris yang lupa Verse 2 Mereka kata kami mengamuk Konon jiwa tak beradab agung walau kami cuma mempertahankan budaya dititip turun-temurun Undang-undang jajah jadi senjata Bukan tegak adil saksama, tapi mematikan halus permainan kami diajar disemat malu pada bangsa sendiri Pre-Chorus 2 Keris jadi jenayah di jiwa bangsa wujud kini hanya hiasan penjajah menang dengan larangan Bila bangsa dicabut keris saktinya Chorus Ini keris wafaq Bukan ia bilah keganasan Ia janji bangsa dan Tuhannya Yang dicemar gambar ancaman Ini keris wafaq Simbol yang kau takutkan Kerana bangsa yang percaya Tak mudah kau tundukkan Bridge Kami tanam pusaka ke tanah Kerana gentar dengan ancaman Bukan kerana hilang percaya hanya kerana dipaksa diam Jika wafaq ini kau padam Apakah jiwa turut mati? Atau ia menunggu masa Untuk kembali mengerti diri? Final Chorus Ini keris wafaq Walau kau gelar keris terlarang Selagi ada yang ingat maknanya pahlawan takkan hilang Ini keris wafaq Bukan soal besi di tangan Tapi jiwa yang kau lucutkan Dari bangsa ditimur jauh Outro Keris ini tidak mati… jauh dari wafaq yang tersirat makna Yang mati hanya jiwa berani memaham maksud jatinya budi dan bangsa

Download

0 formats

No download links available.

Keris Wafaq | NatokHD