Merdeka Award | Nancy Jullok
Dari Kota Kinabalu ke Manhattan dan seterusnya Di sesi 2025 Merdeka Award Borneo Talk Series (Edisi Sabah), pereka fesyen Nancy Jullok, pengasas P’LO Borneo Fashion Design, berkongsi bagaimana kreativiti boleh berasas dari tempat yang kita tak sangka… malah dari seekor alpaca di Kundasang! Berakar umbi di Sabah dan bangga dengan identiti Malaysia, Nancy hasilkan rekaan yang berani, ekspresif, dan sangat ‘local’. Dari mempamerkan koleksi di New York hingga bina projek benang alpaca bersama komuniti tempatan, perjalanan dia adalah bukti yang dunia masih terbuka untuk hasil kreatif yang mengagumkan. Visinya? Untuk mengembangkan jenama tempatan melalui jenama tempatannya, memberi inspirasi kepada generasi akan datang, dan buktikan pada dunia yang Sabah bukan sahaja kaya dengan alam semula jadi tetapi juga sebuah pusat kreativiti yang berkuasa. #MerdekaAward #MerdekaAwardTalkSeries #2025MerdekaAwardTalkSeries
Download
0 formatsNo download links available.