Stairley merupakan sebuah projek inovasi pelbagai fungsi yang direkabentuk untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan, khususnya bagi sistem penyaman udara. Produk ini menggabungkan tiga fungsi utama dalam satu unit, iaitu sebagai tangga untuk kerja di tempat tinggi, troli mendatar, dan troli menegak (hand trolley) bagi mengangkut beban berat seperti unit luar (outdoor) aircond.